Profile
 mera nam hei...: muhd_shahrir_bin_md_shaikmera dos call me hei...:
boss@lebai@ustaz@mat blues@shah@ray well..serba sedikit ttg diri blues..
blues nie lahir di ganu kiter tapi di besarkan di johor..
mak bapak blues orang ganu kiter gak..
adeq beradiq blues tatak ramai..juz ngam2 4 org..
blues yg sulung,bawah blues angah,cikgu sekolah..muda 1 tahun dari blues. no3 uda bekerja di pasaraya hypermarket di jaybee nie..malas nak blaja dah katanya..dan last..deqnor..sedang menunggu panggilan blaja..sementara tu..tolong mak blues di kedai rawatan kecantikan dan resdung
So..kalu ada aper2 nak tau lagik pasal diri blues?sila2la tanya..sms ker..antar email ker..rombongan ker..ehh! tu dah lain! hehe!
 blues ca alip but dulu..wassalam..
|
Your Japanese Name Is... |
Kisho Kimura
|
Tag Board
Calendar
Links
 ~*~BluES Fren'sBloG~*~ ...:: simple-shida::......:: mat-slamber@ mat-romeo::......:: nurmestika::......:: humairaazzahra@keyra::...
~*~BluESGuY's BloG~*~ ...:: ~blues4ever~::......:: ~blues4me~::...
~*~BluES~*~ ~*~SurF^WeBSiTE~*~


~~.* SolAt TiMe *.~~
Hawa diciptakan dari rusuk adam, bukan dari kepala untuk dijadikan pemimpinnya... Bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya. Melainkan dari sisi.. dekat dengan lengannya untuk di lindunginya, dan dekat di hatinya untuk di cintainya....
Kata terbukti setulus budi
sepjg abad terkalung di jiwa ,
Cinta sejati terus bersemi
selagi jasad terkandung nyawa..
~*~BluES GuEStBooK~*~
flash games
Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu
Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu
Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
OH Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu
Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMU
Credits
|
|
|
Monday, September 05, 2005
BiLeR AjaL MeNgHamPiRi BluES..
"Ya Allah Ya TuhanKu..Ampunkanlah Dosa2Ku..Jika Nyawa Yang DikanDung Badan Ini..Hanya DisiNi Sahaja YA ALLAH ENGKAU pinjamKAn PaDAKU,HambaMu..Aku redha..menerima ketentuanMU Ya Allah"
Pukul 2.50 pagi..5 september..mean,awal pagi tadik,blues merasakan diri blues seperti berada di hujung nyawa..tidur blues yang lena..dalam pukul 1 pagi...selepas bersahur untuk niat poser 1 syaaban..tiba2..satu peristiwa berlaku..dimana blues tersentak..terjaga..dada blues begitu perit..kesukaran bernafas..puas blues berusaha mahu menyedut udara..ttapi tidak berjaya..dalam 1minit blues berhempas pulas..tangan sebelah akhirnya xtahan lagik menepuk badan adeq lelaki blues yang berada di sebelah..meminta bantuan..dia terezut..bangun..dengan panik menjerit..sambil mengusap belakang blues..dalam saat tu..semua wajah2 insan yang blues sayangi terbayang.. Abah,mama,angah,adeq lelaki blues..dan deq nor..dan juga insan2 yang blues sayangi..yang bertahta di hati.. "Apakah disini sahaja hidupku??".Lantas aku beristiqfar..dan mengucap di dalam hati..redha akan aper yang akan berlaku.. dalam masa yang sama masih lagi cuba mendapatkan udara..oksigen untuk perjalanan jantungku..
Alhamdulillah..syukur ku pada ALlah..nyawaku masih dikandung badan..Dalam kepayahan,aku menghirup udara ciptaanMU..tetapi tidak seperti tadi,blues mula dapat menydut udara..dan melancarkan perjalanan darah..dan udara dalam badan..blues bangun..minum air masak..2-3 tguk..terasa peritnya dada.. menangis diri ini..baru blues tau..saat2 ajal biler menjemput.. lantas ku bangun..keluar dari kedai..dan melangkah ke masjid..bersebelahan kedai blues..mengambil wuduq..dan terus kaki kanan melangkah masuk ke masjid Al faizzun.
Sayu.. Blues mengambil tempat di satu sudut....berdiri qiam sebentar..melihat sekeliling..gelap..sememangnya blues sengaja tak mau membuka lampu..biarlah gelap..diri ini berasa tenang dengan suasa sedemikian.. lalu blues dirikan solat sunat tahiyyatul masjid.. sesudah itu blues teruskan dengan solat sunat..sujud syukur.. bercucuran airmata ini..memohon ampon..berdoa.. dalam jam 4.30 pagi lebih blues kembali ke kedai..adeq bertanya "abang long okay?abang nangis?" blues hanya tersenyum..suruh dia sambung tido.."tidolaa..abang x ape2 dah..dah okay". Dia pon sambung tido..tak lama selepas tu blues dengar dengkurannya..buat blues tersenyum..
Blues mengantuk..tapi takut untuk sambung tidur..takut pristiwa tadik berulang..blues duduk bersila..membuka laci meja kaunter,mengambil MP3 player..lalu mendengarkan surah-surah AL Quran yang blues masukkan kedalamnya.. Kelakar?sememangnya blues memang berniat mau masukkan surat2 Al Quran biler membeli MP3 player tersebut..mau mendengar Kalamullah..dimana jua blues berada..disamping ada niat mahu menghafalnya.. Sekali lagi hati sayu..dalam tak sedar..blues lena..
"ALLAHU AKHBAR..ALLAHU AKHBAR...". Sedar2..azan subuh mengejut diri ini...

~ AKu DaN BluEs~
ca alip but..
Posted at 08:22 pm by mr_bluesguy
  Permalink
Sunday, September 04, 2005
warkah buat seorang muslimah

Wahai Gadisku.....................
Ketika aku mengingati kalimat berikut ini..... (wahai
sekalian manusia, takutilah kamu akan Tuhan kamu yang
menjadikan kamu dari tubuh yang satu) An-Nisa’ ayat 1.
Atau... ..(sesungguhnya wanita itu saudara seibu
sebapa kaum lelaki) Wanita: Dr. Mustafa Assiba’iy m/s
15, riwayat Ahmad. Sering kali aku merungut tentang
kejahatan sebahagian lelaki. Mereka tak ubah seperti
binatang atau lebih sesat. Aku tertanya-tanya ke mana
perginya perasaan mereka terhadap saudara sendiri?
Apakah mereka lupa bahawa orang yang tidak bersimpati
itu tidak akan dikasihi? Apakah mereka ketandusan
sifat kemanusiaan mereka, atau memang mereka
kehilangan sifat itu?... Ah, aku cukup jengkel tentang
mereka!
Ada kalanya aku juga terfikir kenapa perempuan sering
kali menjadi mangsa lelaki? Dan bukan lelaki yang
menjadi mangsa perempuan? Atau .... lelaki juga
menjadi mangsa?!!! Mangsa runtuhan nafsu! Mangsa
pengongkolan adat! Mangsa penyakit sosial! Mangsa
perempuan jalang! Dan mangsa penipuan dan godaan
syaitan! Ah, aku kesal.
Wahai Gadisku............
Aku turut bimbang, kau yang kucintai juga menerima
angka giliran pemangsa-pemangsa itu. Umpama ramai
gadis-gadis kini yang mula berjinak-jinak dengan jerat
pemangsa, akhirnya mereka menjadi mangsa! Paling
tidaknya mangsa cinta! Peringkat awalnya hanya mahu
main-main cinta kononnya mahu mengecap nikmat cinta!
Sesudah sekian lama, cinta itu menjadi barah yang
tidak mampu dirawat lagi. Akhirnya ia terlantar di wad
‘pesakit cinta’. Aku teringat ungkapan bapak HAMKA
dalam sebuah bukunya.... “cinta itu suatu penyakit.
Tetapi orang yang ditimpanya tidak mahu lagi
sembuh!Ganjil bukan?”
Bukan juga kalimat itu. Orang yang diserang demam
cinta, atau dijangkiti penyakit cinta jangan
diusik-usik. Tak usah dirawa-rawat. Nanti orang yang
merawat menjadi mangsa korban orang yang sakit cinta.
Kenapa? Kenapa orang yang ditimpa penyakit cinta
merasa segar dengan lamunan cintanya, nikmat dengan
khayalan cintanya! Apabila kesegaran dan kenikmatannya
dicerobohi, tentu saja ia akan bangkit
mempertahankannya. “Mempertahankan hak peribadi”,
katanya. Padahal kalau dihitung masa bercintanya yang
menelan usia bertahun-tahun, atau mungkin puluhan
tahun, tentu kita insaf betapa banyaknya umur muda
yang kaya dengan kekuatan minda dan tenaga akan lenyap
dalam api yang membakar. Kesiannya! Kesiannya orang
itu! Dia terpaksa memasuki alam dewasa dengan kekayaan
api cinta tetapi kehilangan erti dewasa. Dia hidup
dengan bara-bara cinta bersama kekosongan ilmu di
dada!
Inilah yang aku takut! Inilah yang aku bimbang!
Jangan-jangan kita juga menjadi mangsa cinta!
Apatah lagi apabila aku terkenangkan peringatan Tuhan
kita Yang Maha Agung di dalam surah Az-Zukhruf
(perhiasan) ayat 67 yang bermaksud: “Teman-teman akrab
pada hari itu, sebahagiannya menjadi musuh kepada
sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang
bertaqwa.” .......... jangan-jangan dikau yang
kucintai di alam ini tanpa restu Tuhan, menjadi musuh
di akhirat kelak. Dan aku yang kau senangi di dunia
ini menjadi kejahatanmu di hari kiamat nanti. Oh!
Alangkah ruginya jika, bercinta sementara merana
selama-lamanya!
Dan kepahitan yang lebih awal daripada itu ialah
keterlanjuran yang tak mampu dikawal iaitu ketika
nafsu berkuasa. Saat itu, akal akan kalah dan
terpinggir. Aku takut, aku bimbang kalau-kalau gadisku
rebah dalam pelariannya lalu disambar helang
kelaparan..... maka ia akan kalah dan gugur di atas
kelemahannya sebagai perempuan, atau di atas
kesilapannya membuka gawang!
Sekali ia kalah dan gugur itu mengandungi tiga kali
kalah dan gugur. Kekalahan dirinya sendiri sebagai
wanita bermaruah buat selama-lamanya, kekalahan ayah
ibunya yang melahirkan dan membesarkannya dengan
keringat dan darah, dan kekalahan zuriatnya untuk
menjadi penyambung generasi yang berhemah.
Aku takut cinta bisa memusnahkan harga dirimu dan
nilai keperempuananmu di dunia sebelum memusnahkan
jasadmu dan jiwamu di akhirat.
Wahai Gadisku.........
Biarlah kita bercinta tanpa berkenalan dan tanpa
bertemu, semoga kita menjadi dua sejoli di syurga
Allah. Biarlah aku tidak pernah mengenali dan
melihatmu untuk menghidupkan cinta kita, asal saja
kita boleh bersama di bawah payung Allah di saat tiada
lagi payung selain payungNya.
Bukankah kau juga mahukan nikmat cinta yang abadi?
Nikmat sejati? Semoga nikmat cinta kita yang tidak
kesampaian hari ini menjadi kenyataan di hari akhirat
nanti.
Biarlah aku mencintaimu tanpa mengetahui namamu siapa.
Biarlah aku menyayangimu tanpa mengenali rupa wajahmu.
Dan biarlah kau juga seumpamaku.....
Dalam pada itu, aku amat senang mencipta namamu dan
melukiskan rangka rupa parasmu. Aku amat senang
menamakan kau Fatimah Az-Zahra’ atau Maryam Al-Butuul,
atau Nasibah, atau Rabiah Adawiyyah, atau Zainab
Al-Ghazali atau Hamidah Qutb dan seumpamanya.
Nama-nama seperti ini cukup indah padaku seindah ‘rupa
paras’nya yang menawan.
Biar kupetik secebis ‘rupa paras’ mereka untuk
modelmu.
Nama Rabiah Adawiyyah sesungguhnya amat cucuk dengan
‘rupa paras’ berikut ini: ‘Suatu hari Hasan Al-Basri
bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah
Rabiah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk
salah seorang daripada mereka. Rabiah Adawiyah
menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan
syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang
dikemukakan olehnya. Rabiah bertanya: “Berapa
banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu
perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki
hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan
nafsu.” Lalu Rabiah pun menyambut jawapan itu dengan
katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang
bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku
yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat
demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu,
Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya
sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.
Wahai Gadisku..........
Rupa paras Rabiah Adawiyyah yang menarik ialah dua
bibirnya yang cukup manis dengan hiasan warna kekuatan
kalimah dan maksudnya.
Tentulah kau tahu, bahawa kekurangan nafsu itu mampu
dipertahankan oleh seorang gadis sepertimu dengan
sifat ‘malu’........ satu-satunya sifat yang ada untuk
membelenggu nafsu dalam penjaranya. Malulah yang
menjadi benteng pertama dan terakhir untuk menjaga
maruahmu, maruah keluargamu dan maruah zuriatmu. Malu
itulah yang menjadi kata hikmah para nabi dahulu
seperti sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Apabila
kau tidak malu, buatlah apa yang kau mahu.” Dengan
kata lain, apabila kau kehilangan sifat malumu, kau
boleh melakukan apa saja yang kau mahu sekalipun kerja
itu seberat-berat kerja dan sejahat-jahat perbuatan.
Bila kau tidak malu, kau boleh membuang seluruh
pakaianmu!
Bila kau tidak malu, kau boleh menyebut secemar-cemar
bahasa!
Bila kau tidak malu, kau boleh melacurkan seluruh
hidupmu, keluargamu bahkan zuriatmu! Waliaazubillah!
Sebenarnya kau amat sedar tentang akibat orang yang
kehilangan sifat malumu. Kesian dia! Di dunia dihina,
di akhirat merana.
Wahai Gadisku..................
Bukankah namamu Rabiah Adawiyyah yang berupa paras
seperti kupaparkan itu? Kalau demikian, kaulah gadis
pilihanku itu.
Cukuplah dulu, secarit rupa parasmu yang menawan
hatiku ini, aku ingin benar menukilkan
beberapa bentuk rupa parasmu yang perlu kau ukirkan,
dan sedikit resepi yang penting untuk menjaga badan
dan ‘diet’ jiwamu agar menjadi gadis yang paling
cantik di duniaku:
Pertama: Jadilah permata bukan kaca, atau emas bukan
loyang, atau sutera bukan benang.
Diet yang pertama ini memerlukan bahan-bahan mentah
yang asli, bukan tiruan. Tentulah bahan-bahan asli
terdiri daripada perkara-perkara berikut:
a) Ikhlas hati kepada Allah
b) Bersikap benar dalam segala keadaan.
c) Tetap pendirian dalam perjuangan.
d) Menurut jejak langkah Rasulullah s.a.w. atau hidup
dalam lingkungan syara’.
e) Sentiasa redha dengan qada’ Allah.
f) Gigih berikhtiar sebelum bertawakal/berserah diri.
g) Meninggalkan jauh segala sifat-sifat nifak atau
kepura-puraan.
Apabila bahan-bahan itu diadun baik, pastinya kau
kelihatan sebagai sebutir permata di tengah-tengah
pepasir, bukan kaca yang bakal cair mengalir. Biarlah
pakaianmu ditenun dengan taqwa. Biarlah make-upmu
dicampur dengan senyum mesra. Dan biarlah gerak
langkahmu disulam dengan rendah diri sentiasa.
Kedua: Jadilah ubat bukan penyakit, atau mawar bukan
racun. Ramuan ubat tentulah bahan-bahan yang
kebanyakannya pahit. Atau sekuntum mawar tidak mudah
dipetik. Namun ia amat berguna. Ramuan ubat hendaklah
disatukan daripada bahan-bahan berikut:
a) Sabar yang indah dalam menempuh
tribulasi/mihnah/ujian. Tahan senafas!
b) Bersedia ditegur dan dikritik kerana orang yang
berlapang dada itulah yang akan meningkat tinggi. Wau
yang tinggi ialah wau yang sanggup menempuh angin
bukan menurut angin!
c) Banyak memberi bukan menerima. Sudah tentu sebelum
memberi perlu memiliki, sebab orang yang tidak punya
sesuatu tidak mampu memberi sesuatu Berkhidmat dulu,
hasil menyusul kemudian.
d) Sentiasa berfikiran besar dan mengatur persekitaran
menjadi kelas pertama.
e) Bertindak mencari kejayaan dan mencipta peluang,
bukan bersedia memberi alasan untuk sebuah kegagalan.
f) Membuang segala sifat orang-orang kecil sejauh
mungkin, iaitu membuang masa, banyak menguruskan
hal-hal kecil dan suka bertengkar dan berdebat.
Semua ramuan di atas berupa sabar, lapang dada,
berkhidmat, berfikiran besar, bertindak dan membuang
sifat orang-orang kecil merupakan ubat dan mawar
kehidupan cemerlang.
Ketiga: Jadilah penyuluh bukan pembunuh.
Nama resepi ini sudah cukup menggambarkan betapa
menariknya kuah hidangan. Jernih, tetapi berkilauan
apabila tersentuh sedikit cahaya. Pantulan cahayanya
kuat, mudah menerima sinar dan tembus oleh sinar itu.
Antara bahan yang diperlukan ialah:
a) Ibadah syakhsiyyah.
b) Nasihat dan kata hikmat.
c) Budi pekerti dan adab sopan berharga.
d) Panduan sirah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
e) Petunjuk Allah yang utama iaitu Al-Quran yang
mulia.
Adunan bahan-bahan itu menjadikan tenaga dinama yang
berkualiti, cas yang sentiasa hidup, sesiapa yang
berada dalam kegelapan tentu memerlukan sinar cahaya,
maka inilah sinarnya untuk menyuluh jalan hidup;
Al-Quran, Al-Hadis, Akhlak, Nasihat dan Ibadah.
Cubalah, kau akan jadi penyuluh. Kalau bukan penyuluh
maka yang lainnya tidak ada lagi selain pembunuh.
Keempat: Beberapa peringatan.
Senjata lidah ialah bahasa.
Jadilah orang yang pandai berbahasa, kau akan hidup
aman bahagia.
Jadilah orang yang berakal minda, kau akan meraih
kejayaan dan banyak harta.
Lidah yang petah memerlukan perbendaharaan kata yang
banyak, latihan yang berterusan dan berani membuktikan
identiti mendalam dan pengalaman hidup sendiri.
Dengan ini aku kira cukuplah ‘diet’ atau penjagaan
diri yang kau perlukan untuk menjadi gadis yang
rupawan dan ratu pilihan hatiku. Berusahalah ke arah
itu, sesungguhnya serbat yang kukumpulkan itu bisa
menjadikan wajah hidupmu bersinar bagaikan bulan
purnama, berkedip bagaikan bintang surayya. Indahnya
kau menjadi sebutir permata di tengah-tengah serpihan
batu yang bertaburan.
Wahai Gadisku..................
Buat akhirnya, jutaan kemaafan kupinta seandainya
surat ini mengganggu ketenteraman. Jutaan kemaafan
juga kupinta seandainya terdapat di dalam suratku ini
kesiapan yang tidak dapat kutemui. Besarlah harapanku
daripadamu wahai gadis, agar kau bersedia menjadi
seorang kekasih untuk kekasihnya, seorang sahabat
dalam perjuangan dan seorang ibu kepada anak-anak yang
baik.
Dan....ingatlah bahawa:
“laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan
perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik;
dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan
oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik,
dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang
mukmin.” (An-Nur: 3)
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang
keji, dan laki-laki yang keji adalah buat
wanita-wanita yang keji(pula), dan wanita-wanita yang
baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki
yang baik adalah untuk wanita-wanita yang
baik(pula).....” (An-Nur: 26)
Sekian, buatmu wahai gadis...........................
Posted at 10:15 am by mr_bluesguy
  Permalink
Sunday, August 28, 2005
`~~~*** HaRGa SeKunTuM MaWaR MeRaH ***~~~`
`~~** HaRGa SeKunTuM MaWaR MeRaH **~~`
“I love you sayang,” ucap si gadis kepada kekasihnya.
“I love you too,” sahut si jejaka lantas memberikan ciuman french kiss dibibir si gadis,
Prebet Syaitan ketawa terbahak-bahak. Laungan kemenangan bergempita. Seorang lagi anak Adam tewas dalam hasutannya.
Aku memerhatikan gelagat mereka. Cis!!! Rasa geram timbul di hati ini. Inilah ragam remaja kini. Inilah aksi milieu. Pasangan bercumbuan tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Bersepah-sepah aksi-aksi panas seperti ini di kota raya. Hatiku sayu. Apakah yang akan terjadi kepada umat Muhammad???
Aku bingkas mengedarkan diriku dari perhentian bas itu. Jelek aku melihat gelagat pasangan melayu. Alpa. Hanyut dengan arus millenium. Tenggelam dek hasutan syaitan. Aku meneruskan langkahku menyusuri ibu kota ini. Sesak. Kenderaan membanjiri jalan raya. Gas Karbon monoksida memenuhi angkasaraya.
“Truuttt…Ttruutt…”
Telefon bimbitku berbunyi. Sakuku ini segera diseluk. Ku perhatikan skrin telefon. “Imani!!!”
“Hello, assalamualaikum. Khairul bercakap” aku menjawab panggilan.
“Waalaikummusalam” Imani menyambut salamku.
“Hah, Imani! Ada apa awak telefon saya ni???” aku bertanya.
“Saya ada kisah menarik nak diceritakkan kat awak”
“Hemmm…”aku menghela nafas. “Ok, saya tunggu awak di Starbucks dekat Berjaya Times Square.”
“OK!!! Awak tunggu saya tau!!!” ucap Imani lantas meletakkan ganggang.
“Sslluurrpp!!!”
Aku menghirup hot choc ini seraya menghidu aroma koko bermutu. Kelihatan kafe ini sarat dengan umat manusia. Gadis-gadis gedik berpeleseran di sana-sini. Sambil tangan syaitan merangkuli pinggul si gadis tersebut. Aku perhatikan perwatakan mereka. Sedih melihat bangsaku berlaku sedemikian rupa. Terlintas di ruangan mindaku, apakah kisah yang bakal Imani ceritakan kepadaku?
“Assalamualaikum, Khariul!!!”
Aku menoleh. Rupanya Imani yang memberi salam. Ku sahut salamnya lantas mengukirkan senyuman menampakkan deretan gigiku.
“Awak lama ke tunggu saya???”
“Eh, taklah! Baru je sampai” pintaku sambil mengaru-garu kepala.
“Sorrylah…Traffic jem!!!” ujar si gadis ayu ini.
“No prob!!!” aku cuba berlagak macho.
Imani memesan minuman. Sedetik kemudian Imani memulakan cerita. Petah lidahnya
membicarakan kisah tersebut. Otakku pula sibuk mentafsirkan setiap butir
ungkapan yang dihamburkan. Kisah ini menambat hatiku. Memandangkan aku
seorang wartawan, kisah sebegini amat menarik perhatianku.
“OKlah Khai, saya minta diri dulu. Saya harap awak dapat rencanakan kisah ini,”
tutur Imani.
Aku menangguk. Sesaat, aku melambaikan tanganku. Kelibat Imani lantas menghilang daripada pandangan mataku ini.
Aku segera beredar dari Kafe Starbucks ini. Tiada hala tuju. Aku mengambil keputusan untuk berlegar-legar di dalam pusat membeli belah ini. Kakiku dilangkahkan satu demi satu. Mataku liar memerhati sekeliling. Anak muda kelihatan di setiap ceruk bangunan ini. Bebas membuat hal masing-masing. Yang perempuan asyik melihat pakaian. Yang lelaki pula, melepak di tembok-tembok jalanan. Pasangan kekasih bertaburan di merata-rata tempat. Aksi mereka, sukar untuk aku terjemahkan. Aduh! Apa yang akan terjadi kepada mereka??? Hati kecilku ini berbicara.
Aku segera pulang ke rumah. Tak sanggup aku menzinai mataku sendiri. Sedih melihat gelagat anak muda. Hukum Allah tidak lagi dipeduli. Inilah yang terjadi, apabila nafsu menguasai diri. Aku beristighfar. Badanku yang ruai ini dibaringkan ke atas tilam yang empuk. Terasa selesa. Segera aku teringatkan Imani. Ya, Imani! Kisah yang diceritakan itu harus segera aku rencanakan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fajar menyinsing. Selesai sahaja solat Subuh, aku mempersiapkan diri ini untuk ke pejabat. Kerja sebagai seorang wartawan memang tugas yang mencabar. Namun liku-liku cabaran ini aku susuri dengan tabah untuk bergelar wartawan terbaik Malaysia. Aku gemar menulis rencana mengenai isu-isu remaja Malaysia. Remaja kuta kini kian punah akhlak mereka! Aku sendiri tidak mengetahui di manakah silapnya? Pihak sekolah tidak boleh dipersalahkan. Aku percaya. Kebanyakkan remaja yang rosak ini ketandusan kasih sayang. Namun, ibubapa sahaja tidak harus dipersalahkan. Pengaruh? Ya, pengaruh! Penagaruhlah yang menjadi pemangkin utama kebejatan aqidah ini.
Tugas dimulakan. Kisah yang bakal aku coretkan ini berkait rapat dengan keruntunhan moral remaja. Krisis ini dialami sendiri oleh adik Imani. Dunia oh dunia! Lihatlah kebinasaan yang giat berlaku. Komputer ribaku dihidupkan. Beginilah rutin harianku. Selesai bermuhasabah, aku akan memulakan tugas.
Aku cuba mengingati kembali apa yang dituturkan Imani kepadaku. Adiknya baru sahaja menduduki peperiksaan besar, PMR. Alhamdulillah, dia mendapat keputusan yang cemerlang. Kini, Hanim, adik Imani melanjutkan pelajarannya di Sekolah Teknik Cheras. Aku sendiri terkejut taktala mendengar kisah daripada Imani. Tidakku sangka gadis-gadis melayu kini seumpama tiada maruah. Murah. Bicara Imani, Hanim seringkali kelihatan keluar berdua-duaan bersama kekasihnya di tengah-tengah kotaraya. Dia kini sudah menjadi gadis liar. Pagar sekolah bukan lagi menjadi tembok penghalang buat Hanim. Pondok pengawal ibarat tiada guna. Mudah sahaja untuk Hanim menyusup keluar.
Kekeliruan terdampar di pemikiranku. Kenapakah remaja kita gemar berpasangan? Bukan itu semua propaganda Yahudi dan Barat? Kenapa harus kita contohi? Kemana hilangnya budaya ketimuran kita? Kemana hilangnya hukum Islam? Beribu-ribu persoalan melandai hatiku ini. Kenapa bangsaku sendiri yang menghadapi masalah kebejatan moral ini? Kenapa?
Dahulu, Hanim dahulu merupakan gadis yang penuh sifat kemelayuan. Sopan-santun dan budi bahasa menjadi identiti gadis sunti ini. Masa berubah dan manusia melalui perubahan.
Lihatlah, arus kemodenan telah mengubah gadis-gadis melayu kita. Baju kurung dan tudung bukan lagi menjadi pakaian mereka.Tiub ,jeans dan baju ketat, itulah menjadi kebanggaan remaja. Alasan mereka? Kita kena mengikuti perkembangan fesyen. Fesyen yang eksotik. Ah, dusta semata-mata! Lupakah mereka akan firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat-59: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Namun, yang bertudung juga sama hebat. Luaran sahaja keIslaman, tetapi hati dipenuhi gelodak nafsu. Kenapa? Kenapa rencana aku tertumpu kepada melayu? Bukankah Malaysia negara berbilang integerasi? Kenapa isu-isu remaja melayu sering kali terpapar di dada-dada akhbar? Kerana melayu merupakan integerasi perdana negara. Itulah jawapan bagi persoalan yang timbul. Seharusnya mereka ini menunjukkan nilai keislaman. Bukan kebaratan. Bukan nilai Zionis.
Di sana-sini cerita timbul mengenai aksi panas remaja kita. Lubuk Tupah, Pramugara Terlampau dan banyak lagi.Di manakah letaknya kemelayuan kita? Cis, laknat Yahudi! Habis pemikiran anak muda Malaysia kau cabuli. Bermahajaralela jeneral-jeneral syaitan .Mereka ketawa melihat aksi-aksi remaja melayu kita. Hahahaha!!! Anak Adam memang mudah ditewaskan oleh tentera-tenteraku. Aku sedih. Sedih dengan perubahan sosial yang ketara ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku mengimbau kembali di kala zaman remajaku. Zaman sebelum perubahan ketara berlaku. Zaman di mana gadis melayu masih mempunyai nilai kemelayuan. Ibubapaku merupakan penoreh getah. Kehidupan remajaku memang mencabar, Susah. Aku terpaksa berbasikal sejauh lapan kilometer, semata-mata mahu mengaut ilmu daripada guru-guruku. Niatku mahu menabur jasa pada bangsa. Aku tidak dapat menikmati segala kemewahan yang aku kecapi masa kini. Hidupku serba-serbi kekurangan. Tiada televisyen. Tiada komputer. Hanya beberapa buah novel sahaja menjadi temanku. Aku gembira walaupun sedar akan kekurangan ini. Waktu remaja adalah detik manis buatku. Pengalaman yang dilalui banyak mengajar aku menjadi insan yang tabah. Insan yang menuju kekamilan. Insan yang berguna.
Aku tesedar dari imbaun. Segera aku teingatkan kembali Imani. Hanim! Kisahnya belum lagi aku rencanakan. Aku melihat jam. Sudah tiba waktu untuk aku bersantai. Aku segera mencapai kunci motorku dan menunggangnya keluar ke kotaraya. Aku berlegar-legar sambil memerhatikan pemandangan kotaraya. Kaki lima hari ini kelihatan lengang. Kosong. Tiada kutu tembok di sana. Aku percaya, seminggu lagi, kotaraya ini bakal dipenuhi remaja-remaja. Maklumlah, cuti sudah tiba. Setelah meminum secawan kopi, aku segera pulang ke pejabat. Rencana panas itu harus aku siapkan. Moto dihidupkan dan...
“Vrrrooommm...” berdesup motoku memecut laju.
Tugasku yang tergendala disambung kembali. Kisah Hanim masih tergantung. Fikiranku kembali mengenangkan nasib gadis bernama Hanim. Dia menjadi mangsa kepada syaitan bertopengkan manusia. Dia hilang arah. Benteng imannya berjaya ditembusi peluru nafsu. Teringat aku akan ungkapan Imani. Ungkapan yang membuat kepedihan melabuh di sanubari. Adiknya kini bukan lagi gadis sunti. Makhhota sang puteri telah berjaya dicuri. Si pencuri pula, ketawa tiada henti. Masa berlalu tidak dapat dikembalikan. Benar kata pepatah melayu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Bukan Hanim seorang gadis yang telah hilang daranya. Aku percaya, ramai lagi gadis seperti Hanim. Ada yang dipaksa dan ada pula yang rela. Oh Tuhan, lihatlah kelakuan hambamu ini! Rintih hatiku ini.
Bukankah Allah sudah berfirman di dalam surah Isra’
Walatarabuzzina: “Janganlah engkau mendekati zina.”
Tetapi mengapa kita ingkar? Menghampiri zina sudah
dilarang inikan pula berzina. Aduh! Kekesalan menyelubungi
benak hatiku ini. Hanim kini ditinggalkan kekasihnya. Lebih
parah, dia kini hamil! Astagfirullah!!! Apa yang sudah jadi?
Jejaka keparat itu tidak mahu menanggung ke atas apa
yang telah dia perlakukan. Sedih aku melihat keadaan Hanim.
Baru tingkatan empat, perutnya sudah membusung.
Namun ini salahnya juga. Sewaktu bersuka ria,
tak ingat dunia. Hukum hakam, habis dihentam. Bagi
mereka, cinta tiada sempadan. Bebas! Tetapi bila berlaku begini, masing-masing mencabut diri.
Hanim pula, dibiar terkapai-kapai. Hish!!! Kenapa sewaktu mula dahulu mereka tidak memikirkan akibat yang bakal menimpa. Mujurlah keluarga Hanim berfikiran terbuka. Kasihan aku melihat Imani. Bergenang air matanya saat dia menceritakan kisah ini kepadaku.
Kelakuan remaja melayu kian menggila. Lihat sahaja di pusat-pusat membeli belah. Seperti lalat menghurung sampah. Betapa banyaknya pasangan-pasangan muda di sana. Entah khawin entah tidak. Aku tidak dapat menjawab. Aksi bercumbuan sudah menjadi asam garam. Berpegang tangan? Ah, perkara biasa sahaja! Ke sana ke sini, tangan si gadis digenggam erat si jejaka. Didikan agama habis dilemparkan. Itu yang di depan mata kita. Yang tersembunyi belum kita lihat lagi.
Aku banyak beristighfar. Ya Allah, lindungi zuriatku daripada kemaksiatan sebegini. Hatiku berdoa. Sifat malu langsung sepi daripada remaja. Ya! Yahudi memang hebat. Yahudi memang habat. Habis remaja kita kau rosaki. Sekali lagi negara kita dijajah. Bukan lagi secara fizikal, tetapi mentaliti. Penjajahan kali ini lebih kritikal. Sukar untuk diusir. Manusia seolah-olah kembali ke zaman jahiliah. Bersikap retrogresif. Malah lebih teruk. Itulah lumrah yang tersurat. Kegiatan ini seolah tidak dibendung. Ke mana hilangnya alim ulama’? Ah, bencinya aku! Gadis melayu memang murah! Mudah didapati, hanya berbekalkan air liur. Senang cair akan pujuk rayu. Cukup dengan tutur kata. Dayus. Seringkali aku terdengar, untuk mendapat gadis-gadis ini, cukup sekadar membelanja mereka makan. Ah, meluat aku!. Meluat dengan tingkah laku remaja melayu millenium. Kenapakah gadis kita mudah jatuh terhadap pujuk rayu jejaka? Adakah Malaysia ketandusan jejaka beriman? Mungkin.
Sampai bila perkara sebegini akan berterusan? Tidak takutkah mereka akan bala Al-Hakam? Iktibar langsung tidak diambil. Walhal, telah banyak petanda Allah ditunjukkan. Lihat sahaja jerebu yang melitupi langit-langit Kuala Lumpur. Bukankah itu satu amaran daripada Allah Al-Qawi? Jangan sesekali dicabar amarah-Nya. Sekali bala menimpa, seluruh warga menjadi mangsa. Tetapi, remaja kita masih bergelak ketawa. Angkuh dan ego dengan Pencipta. Seolah-olah, tiada bala yang akan menimpa. Bermacam-macam gelaran diberikan kepada gadis-gadis melayu kita. Bohsia, pelacur, balanced, barai, gedik dan cikaro! Ah, banyak lagi gelaran diberikan! Ianya sudah sinonim dengan mereka. Sudah melekat. Kini, bukan sahaja Kuala Lumpur menjadi sarang kupu-kupu malam ini, di mana-mana sahaja khidmat mereka tersedia. Tidak malukah mereka? Tiada maruahkah mereka ini. Gadis sahaja tidak harus dipersalahkan. Lelaki. Lelaki juga harus dipersalahkan. Kerana kemiangan merekalah, gadis-gadis ini tumbang. Hanyut di tengah-tengah ranjang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku cuba mengkaji. Apakah punca
sebenar masalah ini. Daripada sudut
pemikiranku, aku berpendapat bahawa
sms yang menjadi punca segala keruntuhan
moral ini. Sms umpama ibu kepada
kemaksiatan ini. Memang tiada pengharaman
sms di dalam al-quran. Tetapi, kita sendiri
yang menjadikan sms itu haram. Buat sesuatu
itu biarlah berpada-pada.Mula-mula
hanya berbual melalui sms, lama-kelamaan
timbul rasa ingin berjumpa. Hah, bila jejaka
dan si gadis keluar bersama, prebet-prebet
syaitan menjalankan tugas!
Setelah termakan dengan hasutan, bercengkeramalah anak Adam. Syaitan pula bersorak kegembiraan. Adegan-adegan berahi bermula. Mula-mula bersentuhan. Lama kelamaan, berpegang tangan. Komando syitan pula menghasut. Tewas. Anak Adam tewas lagi. Ciuaman mula dihadiakan si jejaka. Ah, pening aku memikirkan segalanya! Jelek! Jelek aku dengan anak muda melayu. Tak senonoh. Adakah bercumbuan di khalayak ramai? Hoi, haiwan pun tahu malu! Inikan manusia berilmu. Gertak hatiku ini. Kalau dah suka sama suka, kenapa tidak segera bernikah? Belum bersedia? Ah! Alasan semata-mata. Kalau dah diijab kabulkan, nak buat apa sahaja pun merdeka. Ini tidak, selepas mendapat madunya, hilang entah ke mana. Keinsafan langsung hilang dari hati.
Itu baru yang dihadapan mata. Berapa ramai lagi yang akan tewas? Memanglah perkara ini dianggap remeh temeh. Bukan lagi perkara eksentrik. Namun, ini harus dibendung. Takdir dan agama tidak harus dipersalahkan. Bukankah setiap agama mendidik umatnya supaya menunjukkan nilai murni? Almaktub Buddha, Hindu, Kristian dan Islam tidak pernah mengajar remaja berlaku sedemikian rupa. Semua ini lahir daripada diri individu sendiri. Bertambah pula dengan hiburan durjana. Habis! Habis rosak remaja melayu. Semuanya tergila-gila mahu bergelar artis. Hoi, remaja! Macamlah Malaysia kekurangan kerja. Carilah sumber rezeki yang lebih mulia. Kerana mengejar populariti, aqidah ditenggelami. Sedarkah mereka, segala hiburan itu hanyalah taktik Barat. Taktik bagi memusnahkan umat Islam seantero dunia. Sedikit demi sedikit akal dan hati diracuni. Lama-kelamaan. Lihatlah, beginilah jadinya. Hancur! Hancur sosial remaja kita.
Mungkin inilah sebab aku menjadi wartawan. Aku cuba memerangi kebejatan ini. Aku sedar yang aku ini insan biasa. Aku juga pernah melalui zaman remaja. Namun tidaklah seteruk ini. Rencana mengenai Hanim harus aku siapkan supaya anak muda kita bangkit daripada fantasi ini. Aku hanya mampu membikin rencana sebagai iktibar buat anak muda. Ulama’ harus mempergiatkan dakwah mereka. Kerajaan harus mengambil serius perkara ini. Jika beginilah sosial anak muda Malaysia, tidak mustahil, negara kita bakal tersungkur dikaki barat dan Zionis.
Hei, remaja! Lihatlah kekuasan Allah. Tidakkah kamu takut. Aku juga takut akan kekuasaan-Nya. Kun faya kun – “jadi maka jadilah ia.” Sesaat sahaja Acheh musnah. Sedtik sahaja Phuket ditenggelami tsunami. Namun di Malaysia, hanya tempias diberikan, Kesedaran tidak juga timbul. Lupa dunia. Gembira berpesta. Maksiat berleluasa. Alangkah sedihnya Rasullulah, andai dilihat umatnya berlaku sebegini rupa. Kealpaan menjadi-jadi. Benar! Melayu mudah lupa. “Ummati, ummati, ummati,” kalimah yang diucapkan Rasulullah disaat kewafatan baginda. Cetek sungguh pemikiran remaja kita. Dunia ibarat pentas, manusia sebagai pelakon. Syaitan pula tersengih menonton. Aku juga pilu. Sebak hatiku ini kian menular. Remaja Malaysia! Bilakah kamu semua mahu bangkit daripada fantasi dunia?
Aku tersedar dari lamunanku. Komputer ribaku masih terhidup. Rencana ini masih tidak dimulakan. Aku harus menyiapkanya. Terlintas dipemikiranku, sungguh murah harga gadis melayu. Cukup sekadar belanja. Cukup sekadar kata-kata. Inikah harga seorang gadis melayu? Inikah harga sekuntum mawar?

SaMa2 Kiter HaYatiNya BeRsAma2..
blues ca alip but dulu..wssalam..
Posted at 05:28 pm by mr_bluesguy
  Permalink
Friday, August 26, 2005
ItS FrIDaY..PeNgHuLu SeGaLa HaRi..
Wa.. pejam celik..pejam celik..dah arini ari jumaat..cepatnya masa belalu...hmmm..nampaknya promosi kedai yg blues buat sempena cuti sekolah nie tak menjadi..hasilnya sama jer ngan bukak kedai sebelah petang..bukak sebelah pagi pon,tatak olang datang oo..manyak rugi..kena kaji balik nie di mana silapnya promosi nie..tatak apa..lain kali cuba lagik..
Letihnya badan..semalam drive dari jb to batu pahat.lamanya x drive jalan jauh2..takut gak semalam hanyut masa drive..tapi biler tringat iklan "BERHATI2 LA DI JALAN RAYA..INGAT PADA INSAN2 YANG DI SAYANGI",leih kurang la camtu..hehe! terus hati2..nasib tido pon cukup malam tu sebelum paginya drive ke sana. Umah pon tatak orang..dah sume jalan.. Parent blues pi key ell.. mama blues ada kursus di sana dan abah blues menemaninya..biar la dorang berdating..hehe! tak nak kacau..lagipon,anak2 mereka nie sume dah besaq panjang. Yang si angah dan deq nor plak balik kampung. Potong stim betoi la minah dua orang nie!! asalnya blues yg ingat nak balik kg,tgok atok yang baru kuar hospital + nak makan masakan nenek..adusss... mesti best! hehe! maklum laa.. cucunya yang sulung blues nie..aper yang blues nak makan,dia akan masakkan..heheh! jangan jeles!
Hmmm... ada 2 ari lagik blues kena siapkan keja.. maner nak buat soalan exam budak2 lagik.. nasib xbanyak.alaaaa..buat jer soalan latihan yang dah blues ajar pada mereka nie..nak tgok,masuk ker xmasuk kepala otak dorang nie..kadang2 main jer lebih. Yang peningnya nanti..nak menanda markah exam tu nanti! blues sorang2 kena tnda markah budat2 @pelajar2 tu nanti! tu exam bertulis.. blum lagik xm praktikal guna komputer.. hmm..pening gak... Dah ler pihak pentadbiran kacau blues punyer prgram n susunan mengajar..tiba2 jer exam besar budat2 di awalkan dari bln 10 to 9! Rosak..rosak.. sah! nak menyenangkan pengajar2 lain nanti..coz bln 10 kan dah bulan pose..so exam awal2..bleh tanda markah awal2.. then lepas tu bleh fokus kat bulan poser..dan persiapan raye! yang blues plak..exam praktikal budak2 kena buat bln 10!!aiyoo!! hmm..xpelah..
Tu ler sebahagian perkara yang bermain di otak blues skarang nie.Blues mintak diri dulu..
nak bukak kedai..xpe..pelanggan bukan tau blues xmandi lagik..mandi kartun dah subuh tadik kat masjid..hehe! kang balik umah ler.. tapi macam malas jer bukak kedai pagi..xder org. hmm..bukak lepas jumaat ler.. baru dorang tau!!hehe! jahatnya aku..astaghfirullah.. ya saalaamm..
Well.. ape2 pon..arini ari jumaat.. jangan blues terlupa..sudah! hehe!
ca alip but dulu.. assalamualaikum...
Posted at 08:57 am by mr_bluesguy
  Permalink
Tuesday, August 23, 2005
MaK Aii... GOlaPNyER Di LuaR.. Haa!! BarU JeR CaKaP..DaH BoCor.. HeHe! BeRTeMPIaRaN PaKCiK2,MakCik2 YaNG SeDaNg MeMBeLi SaYuR Di LoRi YaNG MeNJuaL SaYUr2 & BahAN LaiN.. SENaNG CaKaP..BarAng2 DaPur.. HAa!! AweKs2 SeKoLAh Pon SaMA!AdA KeLaS TamBAhAN Kot Di SeKOlAh.. IsH3!!.. DaLaM HUJaN2 Nie..BluES TeRinGATKaN 2 PeTiKaN AyAT Al QuRaN MeNGeNaI "HUJAN" .. SeDiKIT IntrO MeNGeNAiNyA...
~~~*******~~~
Dunia ini adalah kediaman yang fana.. ia bukan rumah tempat berteduh, bukan padang yang luas tempat merumput.. Ia adalah tempat PERSINGGAHAN sejenak..lagi sementara.. Cuma yang penuh dengan tipu daya.. Ia adalah tempat yang HINA di hadapan Allah.. Maka bercampurlah antara yang HARAM dengan yang HALAL, Antara MAARUF ngan yang MUNGKAR.. antara KEHIDUPAN dan KEMATIAN.. dan antara MANIS ngan PAHITNYA..
WaHai SeKALiaN HamBA MaHA peNCiPtA..
AdA 2 AyaT dAlam Al-QuRaN yg SecarA MengESaNKaN MeMBeRikAn PeRumPaMAaN TeNTaNg DuniA.. AYaT yg PerTaMA BeRBUnyI...
"DAN BERILAH PERUMPAMAAN KEPADA MEREKA(MANUSIA), KEHIDUPAN DUNIA ADALAH SEBAGAI AIR HUJAN YANG KAMI TURUNKAN DARI LANGIT, MAKA MENJADI SUBUR KERANANYA TUMBUH-TUMBUHAN DI MUKA BUMI, KEMUDIAN TUMBUH-TUMBUHAN ITU MENJADI KERING YANG DI TERBANGKAN OLEH ANGIN. DAN ADALAH ALLAH MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU "( QS Al-Kahfi [18]: 45)
MaNaKaLA AyaT KeDua PuLA BerBunYI..
"KETAHUILAH BAHAWA SESUNGGUHNYA KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH PERMAINAN DAN HANYA SESUATU YANG MELENAKAN..PERHIASAN DAN BERMEGAH2 ANTARA KAMU SERTA BERBANGGA2AN TENTANG BANYAKNYA HARTA DAN ANAK. SEPERTI HUJAN YANG TANAM2ANNYA MENGAGUMKAN PETANI2.. KEMUDIAN TANAMAN ITU MENJADI KERING DAN KAMU LIHAT WARNANYA KUNING..KEMUDIAN HANCUR.. DAN AKHIRAT (NANTI) ADA AZAB KERAS DAN AMPUNAN DARI ALLAH swt SERTA KEREDHAANNYA..DAN KEHIDUPAN DI DUNIA INI TIDAK LAIN HANYALAH KESENANGAN YANG MENIPU" ( QS Al-Hadid [57]: 20)
~~~*******~~~
SaMa2 LeR KitER FaHaMI MAkSud Di SEBaLIk TerJeMahAN AyaT2 KaLaM AllaH Di AtAS..
BluES Ca Alip BuT DuLU..
Posted at 11:26 am by mr_bluesguy
  Permalink
Monday, August 22, 2005
BluES Di StEsEn SentRaL..
Posted at 11:22 pm by mr_bluesguy
  Permalink
Friday, August 19, 2005
sepi itu indah..chewaahh...
Adakalanya Sepi lebih indah....
kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri,itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi.Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi.
Jika anda terus berteka teki sedang teka teki itu tidak akan anda temui jawapannya,ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.
Maka katakanlah pada diri ,kali ini kta biarkanlah perpisahan ini,satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba rasa kehilangan dan diperlukan,antara rela dengan tidak ,walau kau lebih tahu ,tak ada yang lebih berharga selain dirimu,jua aku tak mungkin dapat melupakanmu..
Itu lebih bererti sebab ada kalanya perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan.Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan maka andalah lebih baik melangkah pergi.Adakalnya kita perlu melangkah ke belakang untuk mengorak langkah lebih pantas kedepan.Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini,kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.
Katakan,"Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta ku dapat,kenapa ada derita bila bahagia tercipta,kenapa ada sang hitam bila putih menyenangkan,aku pergi tanpa dendam,kuterima kekalahanku."
Ada waktunya sepi menjadi lebih indah kerana disaat itu kita ada ruang untuk mengingati,merindui.Cinta itu indah bila ada urusan beri dan ambil.Jika hanya memberi dan dan tidak sudi mengambil,semua urusan akn jadi payah.
Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati.Hati kita milik kita,bawa hati itu dan pergilah dari situ.
Posted at 06:01 pm by mr_bluesguy
  Permalink
Thursday, August 18, 2005
DANGER!!!Gambar seksi, ghairah, lucah boleh menyebabkan buta, Dr David Zald
Gambar seksi, ghairah, lucah boleh menyebabkan buta, Dr David Zald
Islam telah lama menyuruh kita menjauhi sebarang perkara yang boleh mendekatkan kita kepada zina. Sekarang saintis barat membuktikan kebenaran tersebut. Kajian dilakukan oleh Dr David Zald, dari Vanderbilt University di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat.
Akhbar, majalah, novel, televisyen, filem malah komik di Malaysia , negara yang majoritinya umat Islam dilambakkan dengan gambar seksi dan ghairah untuk menarik pelanggan yang akhirnya bukan hanya membutakan hati umat Islam , malah membutakan mata kita semua.
Berikut ialah petikan kajian Dr David Zald :
Para penyelidik akhirnya menjumpai bukti apa yang budak-budak Katolik ketahui sejak sekian lama – gambar ghairah akan membuatkan anda buta. Kesannya sementara, akan tetapi para penyelidik menggesa kepada pihak majlis keselamatan jalanraya agar mengharamkan papan tanda iklan seksi terutamanya di jalan-jalan yang sibuk, supaya kemalangan dapat dielakkan.
Penemuan terbaru oleh ahli saikologi US itu mendapati mereka yang melihat gambar ghairah/seksi akan tidak dapat melihat imej yang terpapar selepas itu.
Para penyelidik ini mendapati mereka yang buta akibat rangsangan emosi ini menyebabkan mereka tidak nampak kenderaan lain atau pejalan kaki.
Sumber : http://www.newscientist.com/article.ns?id=dn7845&feedId=online-news_rss20

Posted at 04:33 pm by mr_bluesguy
  Permalink
Sunday, August 14, 2005
WaHaI GaDiSKu....
Gadisku,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk Adam
yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga,harum aromamu bias menarik sang kumbang untuk mendekatimu.Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang
lantaran duri yg memagari diri,umpama mawar merah,dari jauh sudah terhidu
keharumannya.Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman kepada
sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
Gadisku,
Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.Bentengilah
kubu dirimu dengan perasaan MALU YG BERTUNJANGKAN KEIMANAN DAN KEINDAHAN
TAKWA KEPADA ALLAH...HiASILAH WAJAHMU dengan titisan wuduk.INGATlAH
CIRI-CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH DIA TIDAK MELIHAT LELAKI DAN LELAKI
TIDAK MELIHAT KEPADANYA.
Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika
dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah,umpama sebutir permata yg didedahkan
untuk perhatian umum dengan suatau permata yg diletakkan dalam bekas
tertutup.Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk meliaht sesuatau yg
tersembunyi,melebihi sesuatu yg terdedah.
WANITA SOLEHAH yg patuh dan taat
kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap
insan yg bernama Adam.Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah
yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yg bersarang dalam
dirimu.Lebih-lebih lagi dgn title gadisyg engkau miliki,sudah pasti darah
mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.
Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg
inginkan kebaikan,maka Allah akamn memudahkan jalan-jalan baginya ke arah
itu.Yang penting gadiskuengkau miliki azam,usaha,dan istiqamah..
Gadisku,
Akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki.Seandainya PAKAIAN
MALUMU KAU TANGGALKAN DARI TUBUHMU,maka sudah tidak ada perisai yg
dapat
membetengimu.Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu"tidak ada
suatu
fitnah yang lebih besar,yg lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap
kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita."Oleh itu
gadisku,setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan al-Quran
dan
As-Sunah.Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu.Seseungguhnya Allah Taala telah mengangkat
martabatmu
setaraf kaum Adam.Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.
Gadisku,
Dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi.Itulah fitrah semulajadi
setiap insan,namun ramai antara kaummu yg tewas kerana CINTA....bercinta
tidak salah,tetapi memuja cinta itu salah.Ini adalah kerana,KERANA CINTA
MANUSIA SANGGUP MENJUAL AGAMA DAN KERANA CINTA MARUAH TERGADAI.Gejala murtad
serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta.
Benarlah SABDA RASULULLAH SAW MEMBAWA MAKSUD,
"Sesungguhnya cinta itu buta"
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yg hak dan
baril,jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan
bukan kerana ALLAHSWT.
Sebelum engkau mendekati cinta,cintailah dirimu
terlebih dahulu.Cintailahdirimu yg unik itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu
yg begitu simbolik.Asal kejadian dari setittis air yg tidak berharga,lalu
mengalami proses pembetukan yg sempurna hasil rencana ALLAH.
Semoga perasaan
sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap ALLAH dan
dgn itu,akan timbul CINTADAN KASIHMU TERHADAP PENCIPTAMU..
Gadisku,
Menyintai ALLAH DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA
YG
HAKIKI DAN ABADI

Posted at 10:20 pm by mr_bluesguy
  Permalink
Saturday, August 13, 2005
Saat ini aku hidup sendirian,
Tanpa teman, tanpa haluan,
Mana dia yang bersamaku dahulu?
Mana tempat nak ku tuju?
Semua belum tentu.
Baru nak bina hidup bahagia,
Baru nak angan-angan bersamanya,
Kasihnya pula yang berubah,
Katanya tiada tempat dirku di hatinya.
Kenapa jadi begitu?
Pernah aku mendengar sesuatu tentangmu,
Tapi aku pekakkan telinga keranamu,
Pernah aku ternampak kau bersama orang lain,
Ku butakan mata lalu berpaling,
Mungkin kebetulan saja.
Entahlah kenapa punya malang nasib aku,
Aku sendiri pun tak tahu,
Aku rasa baik aku pergi jauh,
Layan blues dalam hati,
Dari biarkan jiwaku merintih!
Blues selamanya, Blues selamanya,
Aku pasti, Aku yakin,
Blues itu untuk aku, Blues untuk aku,
Selamanya aku akan selalu,
Hidup di dalam blues,
Aku hidup dalam blues.
Blues Selamanya.....

~~ BlueS 4 EveR ~~
Posted at 01:26 pm by mr_bluesguy
  Permalink
|
|